Let’s Explore Thailand – Bangkok Trip (Part 2)

Fuhhh……perjalanan yang panjang ke Bangkok….17 jam!!! Tp tak la rasa bosan sgt sbb surf internet cari nice place n hotel….lps tu tido jer…pagi esok plak sempat update bab kerja lg dgn ofismate. Perjalanan 17 jam tu rasa kjap jer.

Finally, sampai juga stesen keretapi Bangkok. Hubby ckp stesen ni dh mcm era 80an stesen keretapi kt KL. Hehehe…..

Kt stesen Bangkok ada MRT stesen Huo Lamphong kt underground. Kami decide stay area berdekatan dengan Pratunam coz my sister in law suggest stay area situ. Mudah utk dapat halal food katanya. Masa ni kami blum decide lg nk stay hotel mana. Pakai redah saja nnt, walk in saja nnt cari hotel.

Stesen Hua Lamphong ke Petchaburi. Dari Petchaburi tukar air port rail link ke Ratchaprarop. Tak mahal pun tiket train. Beberapa ringgit saja. Kalau korang naik flight turun Suvarnabhumi, korang bleh ambik Rail Link Airport ke Bangkok. Murah saja 40 Bhatt. Kalau naik Air Asia, turun Don Meung mmg tak ada train. Kena naik taxi atau grab van. Grab van lebih kurang RM75 ke Pratunam. Pergi ramai2 lebih jimat sbb kongsi byr grab.

Sampai Ratchaprarop, jalan kaki saja ke Pratunam. Redah cari makanan halal sebab dah lapar. Sambil2 tu menyinggah mana2 hotel survey harga.

Air rail link laluan kt atas. Turun bwh cross the road menghala ke Pratunam. Paling dkt dgn Ratchaprarop Stesen keretapi ada PR Hotel and Apartment, rate 963 Bhatt per nite. Jalan jer depan skit ada byk pilihan hotel. Sbb tak rushing sgt, kami decide lunch dulu sbb perut dah lapar.

Kami lunch di Saneeya Halal Food Restaurant. Menu makanan mmg sedap. Restaurant bersih dan selesa. Cuma rate harga makanan bg sy sgt mahal. Kalau ramai okay la sbb sharing. Small bowl green curry meat boleh share 3-4 org. Semangkuk tu harga RM25!! Sbb kelaparan, order 2 iced lemon tea and 1 hot tea, green curry, squit salted egg, kerabu mangga, sticky rice manggo and 3 plate nasi. Nasi sejemput jer, memang kena minta tambah ler. Total price utk lunch 1003 Bhatt.

Lepas lunch kami merayap kawasan sekitar survey hotel. Byk pilihan hotel, sbb dtg time weekday, so korang bleh tawar2 harga special price. Boleh dpt kurang harga sampai 400-500 Bhatt. Sambil survey bleh request tgk bilik dulu utk tgk selesa atau tak.

Percutian kali ni mmg backpack saja. Target hotel paling mahal RM100++ per nite. Yg penting bilik and toilet kena bersih. Meronda survey almost 10 hotel. Sleep hotel, gate way hotel, citin hotel etc etc. Semua hotel berdekatan saja. Mostly tawarkan harga 1300-1700 Bhatt per nite. Ada 1 hotel offer 800 Bhatt, tp bila tgk bilik agak tak selesa. Lobby pun agak tak berapa bersih. Bau agak hapak + floor bleh bau org smoking.

Kami decide tak ambik hotel ni. Survey kt Agoda, ada Siam Star Hotel rate harga dalam RM80++ per nite. On the way sempat ditahan oleh sorg hindustani yg promote hotel baru…Shining Star Hotel….hehehe….just few step saja dari Siam Star Hotel. Shining Star Hotel mmg tak ada klu search. Best price kami dapat harga 700 Bhatt per nite. Bilik pun selesa and luas. Bersebelahan dengan Baiyoke Sky Hotel. Tak jauh sgt ke dalam lorong2 sunyi. Tempat pun selesa. So, we just grab utk stay di Shining Star for 3 nites. Decide stay 3 mlm kt Bangkok, ikut perancangan awal cuma 2 nites and 1 malam di Hatyai. May be next time kami pergi Hatyai with family. Lgpun tak jauh sgt Hatyai dari kg. Boleh day trip jer.

Check in hotel, relaks and mandi jap. Terus mulakan langkah explore kawasan sekitar hotel.

Redah smpai malam. Terjumpa Food In The Jungle di depan Central World and Big C Supercenter. Ada makanan halal di sini. Nak makan udang galah bagai bleh dapatkan kt sini.

Banyak jer jumpa org Malaysia makan sini. Kami just jalan2 cuci mata jer.

Merayap smpai malam. On the way balik, kami singgah di Samat Muslim Food, restaurant halal berdekatan hotel. Harga pun reasonable. Penuh juga restaurant ni dgn org Malaysia. Hotel nie actually berhadapan dgn PR Hotel & Apartment. First hotel yg kami survey masa smpai td.

Lps dinner, survey few restaurants halal utk breakfast esok. Hehehe…..Ada night market depan hotel, tp sbb badan dh letih. Esok saja la sambung merayap.

By the way, tertinggal travel adapter, so just beli adapter saja td yg harga cuma 50 Bhatt.

End of our Day 1 di Bangkok. Esok plan nk pergi tgk beberapa tempat menarik sekitar Bangkok. So bersambung nnt utk Part 3 trip di Bangkok. Nak lena dulu…..Good Nite!!

Let’s Explore Thailand – Bangkok Trip (Part 1)

Assalamualaikum….haiii….

Tak sampai 2 minggu lepas balik dari trip ke Tioman….

Kali ini saya menjelajah ke Thailand….Ini adalah pertama kali saja jejak kaki ke Thailand. First trip saya ke oversea dgn hubby!!!

Percutian kali ini ke Bangkok dengan menaiki 🚆. Kami pilih percutian pd hari bekerja sbb tak sanggup nk beratur panjang kt immigration di Padang Besar.

Kebetulan saya balik kampung sempena cuti umum Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong dan Awal Muharam pada 8-11hb Sept 2018. So, saya pilih untuk travel ke Thailand pada 11hb Sept 2018.

Perjalanan bermula dari stesen keretapi Gurun – Padang Besar. Naik komuter saja sbb murah. Hehehe….Kos cuma RM7.90 sahaja. Tiket hubby plak cuma RM4.00 sbb special rate utk warga emas.

Buktinya train mmg kosong sbb hari last public holiday. Perjalanan cuma ambik masa 45 minit saja. Sampai saja stesen Padang Besar, korang ada 3 options nk ke Bangkok :-

1. Naik train direct dari Padang Besar ke Bangkok (kena tunggu trip pukul 6 ptg);

2. Naik train ke Hatyai (train cuma ada pukul 9.55 pg atau 3.00 ptg) dan seterusnya ambik train dari Hatyai ke Bangkok; atau

3. Naik van ke Hatyai Dan seterusnya ambik train dari Hatyai ke Bangkok. (Caj van dari Padang Besar ke Hatyai RM20 + RM1 utk selit dalam passport kt Immigration Thailand)

Saya ambik pilihan ke-3 sebab smpai di Padang Besar dah 12.00pm. Mmg keluar lewat dari rumah sbb pagi tu baru packing barang2. Last minutes packing sbb malam tu myself bz bebenor siapkan kerja ofis sblum start travel.

Kalau korang pilih naik van, driver van akan bg korang form utk isi. Form arrival and departure. Slip depature korang kena simpan dan jgn hilangkan.

Bila travel hujung2 public holiday, kami cuma ambik masa 5-10 minit saja utk clear urusan dgn cop passport kt immigration Malaysia n Thailand.

Naik van siam ke Hatyai cuma ambik masa sejam. Selesa saja naik van, tak la scary mcm yg org lain dok story. Van pun selesa.

By the way, kita org tak sempat tukar duit lg…so driver van ni bwk kami ke money changer di Hatyai (RM1 = 7.91 Bhatt) dan hntr kami smpai stesen keretapi Hatyai.

Kami pilih train rapid no. 172 ke Bangkok pukul 3.39pm. Train ni actually dari Golok. Kami pilih 1st class ticket (lower n upper bed). Kos train utk 2 orang dari Hatyai ke Bangkok = 1580 Bhatt (lebih kurang RM200).

Masa kami beli tiket train baru pukul 1.00pm. So, sempat merayap kawasan sekitar berdekatan dgn stesen keretapi. Kami sempat ke Robinson Mall berdekatan dgn train station.

Kat Robinson kami beli stock makanan utk dinner and cari traveler simcard. Cuma beli biskut and donut utk dinner atas train. Perjalanan Naik train ambik masa almost 17 jam atas train. Pandai2 la cari bekal makanan. Kt Robinson juga kami beli pack traveler simcard sbb kami tak buat roaming. Usually if travel skjap mmg tak buat roaming. Malas nnt org dok telefon tanya bab kerja. Hehehe…. Utk traveler simcard cuma 148 Bhatt (RM18) sahaja utk 1 simcard. Valid utk seminggu dan unlimited data. Internet data tu yg penting bila travel ni. So beli siap2 simcard, tak la boring dalam train ni.

Sementara tunggu train, sempat la lepak lunch kt stesen Hatyai. Ada halal burger kat situ. Beli burger chicken and beef, harga 140 Bhatt utk both burger. Lepak minum iced tea segelas 35 Bhatt.

Train supposedly pukul 3.39 pm tp delay. Train ni smpai stesen Hatyai 4.50 pm, time ni dia org baru add on 1st class gerabak. Plus minus pukul 5.30pm baru train bergerak dari Hatyai. Masa tgh tunggu train ni, ada org drug addict ganggu minta duit kt semua org kt situ. Boleh pulak org tu gi cubit sorg perempuan cina sbb tak layan dia. Luckily, security kt situ tahan dia lepas mangsa buat aduan.

Train dari Hatyai korang tak bleh percaya sgt timing masa and nombor platform yg tertera. Kena dgr pengumuman btul2. Pengumuman pun English tak brapa nk jelas and faham sgt pronounciation, 3-4 kali juga berlari pergi tanya kt kaunter. Platform 5 bertukar ke platform 3. Letih berlari tnya info saja sbb tak ada display screen kt platform.

Yang pasti lega sgt bila dah naik train.

Siang jadibseat utk duduk, dalam pukul 7mlm dia org akan transform jd bed. Selimut dan bantal disediakan dalam train. Mmg sejuk sgt dalam train. If tido upper bed lg sejuk.

Kalau guna toilet dalam train,make sure tak payah la bawak fon nk termenung lama dalam toilet. Sbb hasil buangan korang direct jatuh atas landasan. Jatuh fon dlm lubang tu mmg menangis woiiiii. Sinki and cermin ada kt luar toilet utk brush your teeth and cuci muka pagi tu. Train smpai Bangkok dalam pukul 10.30pg esoknya…..

By the way make sure alert dgn perbezaan masa antara Malaysia and Thailand. Malaysia cepat sejam dari Thailand.

Habis part 1, nnt saya sambung next story bila sampai Bangkok.