Eastern Europe Trip : Nazi Concentration Camp, Poland

Hari kedua di Poland. Awal pagi dah bergerak untuk ke Nazi Concentration Camp. Berdasarkan sejarah ia menjadi tempat jutaan org yahudi dipaksa menjadi buruh dan dibunuh.

This slideshow requires JavaScript.

Setiap blok dilawati mempunyai sejarah iaitu dokumen-dokumen mangsa kekejaman di sini, gambar-gambar mangsa, pakaian2 yg digunakan dan keadaan dalam bilik di camp. Of coz bila dtg tempat-tempat mcm ni, kena la jaga adab. Dilarang utk berckp dgn kuat, gelak dan menyanyi dgn gembira coz kena hormati mangsa2 kekejaman yang pernah ditempatkan di sini.

15304589_10154603785262870_7175384265453140355_o

Gambar di atas ni adalah blok terakhir yang saya lawati. Blok di mana mangsa kekejaman ini dibunuh dan dibakar.

Eastern Europe Trip : Krakow, Poland

Group tour kali ni, byk masa dihabiskan di Poland. Suhu di Poland jauh lebih sejuk dari negara2 sblum ni. Berlapis2 baju dh sarung. Sejuk smpai my nose start bleeding.

Awal pagi dah keluar dari hotel. Hari ni lawatan ke Mining Salt, salah satu tempat yg diiktiraf oleh UNESCO sebagai world cultural heritage site.

Mmg kena dtg awal kalau nk ke sini sbb panjang juga nk Q tunggu turn nk masuk ke dalam. Boleh tgk ramai nyer org tgh beratur tunggu giliran kt belakang saya tu. Dengan salji turun lg, mmg mengigil sejuk.

15317942_10154600787872870_6038477407638043243_n

Mmg beratur pjg coz lift yg ada terhad utk beberapa org saja utk turun ke bawah tanah. By the way, its underground mining salt. Picture bawah tgh tunggu giliran nk masuk dalam lift. Dh rasa mcm kerja lombong bawah tanah. Huhuhu….

15250722_10154600607802870_6379452518674435111_o

Bila dh smpai underground, mmg akan berjalan saja ikut kumpulan. Setiap kumpulan akan bergerak ikut giliran. Terdapat beberapa section dalam mining salt ni. We spend almost 2-3 hours berjalan dalam ni. Agak tak sesuai kalau korang sakit lutut sbb mmg kena berjalan jauh. Ada beberapa kawasan yg bertangga perlu dilalui. Mining salt byk sejarah2 berkaitan aktiviti2 di dalam mining salt.

Ada juga church dibina utk pekerja2 yg bekerja pd masa dulu di bawah tanah ni. Church masih beroperasi. Ada pasangan yg berkahwin kdg2 pilih utk adakan majlis kahwin di sini.

This slideshow requires JavaScript.

Sebelum naik lift untuk keluar. Akan ada ruang yg pamerkan produk-produk dari mining salt.

 

Eastern Europe Trip : Bratislava, Slovakia

Next place yg kami pergi adalah Parndorf Factory Outlet. Almost 130 designer store ada di Parndorf Outlet. Perempuan dan shopping tak boleh dipisahkan. Mmg tak sempat nk snap picture pun kt sini. Hehehehe……By the way Parndorf Outlet masih di Austria. We spend almost half day di Pandorf Outlet. Harga swarovski kt sini jauh lebih murah. Layan jer tgk org membeli sbb tak brapa suka sgt nk pakai swarovski yg bling2.

Dari Pandorf Outlet kami bergerak ke Bratislava, Slovakia. Sempat ke Bratislava Castle, old town sekitar St. Michael’s Gate, Primatial Palace, Roland’s Fountain and Opera House.

This slideshow requires JavaScript.

 

Eastern Europe Trip : Vienna, Austria

15181173_10154592058307870_8408732355570139473_n

Malam pertama Trip Eastern Europe, kami bermalam di Novotel Prague. Sy mmg tak jalan langsung sekitar hotel mlm tu. Fuh…too tired sbb byk sgt berjalan. So, decided utk rest and esok pagi jer tinjau sekitar hotel. Pagi2 esok sblum bertolak baru snap few picture sekitar hotel. Awal pagi lagi dah gerak untuk ke Vienna, Austria.

Dalam perjalanan nak ke Austria, sempat la singgah di Excalibur City. Tak lama pun singgah….lebih kurang sejam kt sini.

15272169_10154592060277870_4033369730578875172_o

Sampai saja Vienna, Austria. Tempat pertama kami pergi adalah Schonnburn Palace. Salji mula turun bila kami kt sini. Jakun sekejap bila salji mula turun. Hahaha….

This slideshow requires JavaScript.

Bila dtg musim sejuk, mlm lebih lama dari siang. Pukul 4.00 ptg dah gelap. Waktu ptg mmg waktu bebas utk shopping and jalan sekitar pekan. Makanan halal tak byk sgt. Asal jumpa kedai kebab mmg redah jer beli utk dinner.

Trip kt Vienna, masa sgt terhad. Mmg tak byk sgt tmpt yg sempat sy masuk dan tgk. At least, cukup la sekadar dtg tgk negara org. Trip utk Eastern Europe mmg tak target pun utk shopping, just utk release stress lps hbs study. Itu pun dtg cuti dgn thesis blum siap lg. Hehehehe…..

15168715_10154592077377870_8371900716967380343_o

Eastern Europe Trip : Prague, Czech Republic

Agak lama saya tak travel ke oversea. 2 tahun fokus nak habiskan study master. Seriously sindrom travelbug mmg membuak2. Luckily, last semester cuma ada 1 final exam paper and final project. Habis saja kelas final, terus ambik trip ke Eastern Europe  selama 10 hari utk teroka 5 negara iaitu Czech Republic, Austria, Slovakia, Poland dan Hungary. Trip kali ni time winter dan kali ini first time saya join group tour with my sister in law.

15170915_10154590196827870_3119381354862411537_n

Perjalanan kali ni dengan menaiki Turkish Airlines transit di Istanbul dan seterusnya ke Prague, Czech Republic. Travel time winter, mmg suhu sgt sejuk. Tapi masa sampai di Prague, salji belum turun lagi.

1st day travel di old town sekitar Prague. Melawat St. Vitus Cathedral, Presidental Palace, Charles Bridge dan sekitar Old Town Square. Mmg byk berjalan saja dalam pekan kecik ni. Seni bina bangunan2 lama mmg cantik sangat. Mmg ramai sgt tourist sekitar pekan ni. Mmg dinasihatkan utk jaga brg2 penting korang. Berhati-hati dengan penyeluk saku.

London, UK

Masih berkisah tentang kursus pendek yg sy hadiri…..Part of the course, I need to be in Surrey University for 3 weeks. So, dari Amsterdam sy terbang ke London, UK dengan penerbangan British Airlines. Seriously bila korang naik British Airlines, korang akan rasa lebih bersyukur naik flight Air Asia. Jauh lebih bgs service Air Asia dari British Airlines. Huhuhu…..

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke negara King Arthur!! Bermula kehidupan sebagai pelajar universiti selama 3 minggu. Aktiviti ke kelas, buat assignment mass balance, aktiviti di pilot plant, dlm makmal etc etc. Walaupun sibuk, masih ada masa merayap semasa hujung minggu. Rugi la if tak pergi berjalan tgk negara org kan. Bukannya selalu boleh datang.

Seperti kita tahu, memang ramai student Malaysia di UK. So, bab makanan halal mmg sgt mudah nk diperolehi. Bila jd student, mmg borong makanan di Tesco berhampiran saja utk sesi masak dengan kawan2.

1st time ke London, mmg pergi ramai2 dengan kawan2 lain. The other weekend mmg redah sorang saja utk sesi shopping. Sistem pengangkutan di sana pun mudah saja nk faham. Just dapatkan maps and lokasi subway station berdekatan, so gamble saja redah sorg. Kalau korang dh biasa guna LRT di KL, suppose tak ada masalah pun bila nk guna kemudahan train di London.

Bab shopping mmg best la di London. Cuma masa sy pergi tgh summer, mmg sesak dgn pelancong di London. Agak tak berapa kena dengan jiwa sy sebab tak berapa suka sgt pergi tempat yg sesak dgn orang ramai. Cukup sekali kot dtg London, lain kali if dtg UK lagi sy prefer pergi ke tmpt lain pulak. Plan nk ke Edinburgh, tp sebabkan kesuntukan masa mmg tak dpt nk merayap smpai sana. Anyway, its a good experience for me. InsyaAllah, satu hari nnt sy akan pergi lg UK.

10513344_10152546647257870_1035379487763421346_n

 

 

 

 

The Hague, Amsterdam

Masih lg berkisah pasal sy di The Hague. Bagi yg bercuti ke sini, makanan halal sgt mudah didapati. Banyak kedai2 yg menjual kebab boleh didapati di The Hague, Amsterdam. Banyak juga makanan Indonesia boleh didapati di sini sebab agak ramai orang Indonesia yang menetap di sini. Kalau nk makan makanan Indonesia, cuma kena lebih berhati-hati coz tak semuanya halal. Ada juga yg menghidangkan b*b* coz sebahagian org Indonesia yg menetap di sini bukan muslim. Mi segera yg dijual di pasaraya pun ada yg perisa b*b*.

Ada juga nasi briyani dan kari ayam yg halal boleh dicari di sekitar The Hague. Harga antara €10 ke €15 iaitu lebih kurang RM50 utk satu hidangan dengan portion yg agak byk. Boleh la mengubat kerinduan korang klu meroyan nk makan nasi.

Kalau rajin nk memasak, boleh juga dapatkan stok makanan di China Town yg berhampiran. Korang nk cari petai pun bleh jmpa kt situ. So far, selama 3 minggu sy di sini mmg sy tak masak pun walaupun sy bwk rice cooker. Tak rajin nk memasak sbb kedai makanan halal berhampiran hotel yg sy duduk yg cuma ambil masa 5 – 10 minit saja jln kaki.

This slideshow requires JavaScript.

Sekali skala bila ada masa terluang. Pergi juga merayap pantai yg ada berhampiran dengan menaki tram dengan harga €3 kalau tak silap saya. Harga tram actually boleh dpt lebih murah kalau guna kad mcm touch n go. Kad utk kegunaan tram boleh dibeli kt main station keretapi di The Hague.

Sy suka pantai di sini sebab air sejuk mcm air dlm peti ais. Owhhh….masa sy pergi ni time summer. Dh lepas musim bunga tulip masa ni. Masa hari khamis dan hujung minggu saja kami merayap coz hari lain, pukul 5ptg lps hbs program kebanyakkan kedai2 dan mall dh pun ditutup.

Brussels, Belgium

10489951_10152516526377870_5869495616591841678_n

Alang-alang dah ada di The Hague, Amsterdam. Sy ambil peluang utk ke Brussels, Belgium. Hanya dengan menaiki keretapi sahaja dari The Hague dengan harga €39. Perjalanan hanya mengambil masa 2-3 jam sahaja. Korang takkan rasa boring sbb sbb kemudahan wifi percuma ada disediakan dlm train ni.

10346217_10152516541692870_2659633445292563154_n

Kalau korang minat architecture, comfirm korang akan jatuh cinta dgn Brussels!! Seni bina bangunan yg sgt cantik. Disebabkan trip ke Brussels hanya lah day trip. Tak banyak sgt tempat yg sy terokai. Sy menggunakan kemudahan Bus Hop On- Hop Off utk melihat sekitar kawasan Brussels yg menjadi tumpuan pelancong. Nasib agak kurang baik sebab ptg tu hujan. Ambik gambar Atomium Brussels dari atas bas sahaja.

Makanan halal mmg agak mudah la utk dpt. Tak sempat nk teroka makana lain, mana yg jmpa sy belasah saja. Lunch cuma kebab saja yg harga standard antara €4 ke €6 untuk 1 set hidangan. Kalau ke Brussels, jgn lupa beli cenderahati dan coklatnya!!!

 

Amsterdam, Netherland

Negara kedua yg sy lawati….Netherland @ Belanda…..kebetulan diberi rezeki hadir kursus pendek di sana….hermmm….a bit nervous sbb pertama kali nk fly pergi sorg2….lebih nervous bila flight sy actually 2 weeks lps insiden MH17.

Perjalanan sy dari KL ke Amsterdam dengan menaiki penerbangan KLM….direct flight…perjalanan hampir 23 jam….

1602203_10152509311922870_39098001024788665_o

Perkara pertama bila sampai sana….ambik bag and fikir nk pergi ke The Hague….touch down masa nie lebih kurang 7pg waktu di sana. So far sampai sana, tak ada pulak bag di buka and check mcm pergi kt Australia.

Utk yg 1st time sampai Schiphol Airport, Amsterdam ni ada byk sgt pintu, tak sama mcm airport di KLIA. Dari airport, ada train access kalau korang nk ke tempat lain. So boleh la korang study, mcm sy naik taxi saja ke The Hague. Transport dah ready….naik saja la….

Penginapan sy selama 3 minggu adalah di Court Garden Hotel, The Hague. Hotel kecik jer tp selesa. Mengadap hotel, bangunan mmg cantik2 rekabentuk.

10339250_10152512663962870_5719185814801854759_o

So….bermula la sesi setiap hari breakfast mkn croissant, scramble egg, hashbrown, salad and buah-buahan…….Memula bosan nk hadap tp bila dh balik Malaysia, rindu plak croissant kt sana….

Perth, Australia

Perth, Australia, tempat percutian pertama saya ke luar negara. Tahun 2013, 1st time  sy buat passport. Kebetulan bercuti sebab temankan my ex-schoolmate. Unplanned trip. Last minutes trip. Percutian yang hanya mengambil masa 4 hari 2 malam. Kenapa Perth?? Sebab penerbangan ke Perth paling murah jika dibandingkan ke Gold Coast, Melbourne etc etc. Promo Air Asia masa kami pergi ke sana. So just grab the opportunity!!

Actually percutian ke Perth, Australia tak lah terlalu mahal. All in termasuk duit shopping cuma RM2000-3000 saja.

Penerbangan dengan Air Asia yang cuma mengambil masa 5 jam. Dicadangkan utk ambik flight malam dan sampai di Perth pagi.

Best bercuti di Australia sbb ada public transport yang percuma. Bas kuning mmg pilihan kami. Bercuti secara berkumpulan pada hujung minggu dengan menaiki train juga sgt murah.

Tempat yang sempat kami pergi adalah sekitar Perth dan Fermental. Perjalanan dari Perth ke Fermental hanya dengan menaiki train shj.

830459_10151420367242870_763005966_o

856425_10151420373692870_1765891504_o